Monday 11 September 2017

Honeymoon : Singapore ( Universal Studio Singapore / Orchard Road / Merlion Park / Marina Bay Sand / Garden By The Bay) - Part 2

Day 2
29 July 2017
Sabtu


Seawal 8 pagi, kitorang dah terpacak kat sini. Excited kot sebabbbbb....Nak g Universal Studio Singapore!hahaha

Beli tiket dulu dari Chinatown ke HarbourFront (Guna North East Line - dalam Maps line warna purple)... Ticket $1.70/sorang

sampai HarbourFront, cari signboard ke Vivocity...sampai vivocity naik escalator ke Level 3...Korang akan jumpa kaunter ticket yg comey lotey nih...So, beli tiket train kat sini sebab pahni akan naik Sentosa Express utk sampai ke USS. Harga ticket $4/sorang (return).

Ticket train dah beli

dari Sentosa stesyen ke USS satu stesyen jek...utk ke USS korang turun kat Waterfront Station. Terujanya mengalahkan budak-budak hokey.


****************************


UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE

sampai USS ni punya lah awal, sbb takmo bersesak...Kitorang sampai sana sebelum jam 9 pagi, USS buka 10 pagi...So, apa lagi...lets take a selfieeee...

Yeahhh...one of my wishlist...Now, mission accomplished!Sebab tu kitorang sampai sana awal...nak gambar dekat globe ni pun tenang jek...hihihi



Luas ur dahi, luas lagi cinta i pada u...ciaciacia...Sayang sampai syurga. Insha Allah

Minions

House of candy



hard rock cafe sentosa



ek eleh...hahaha

Rabbies yang dah disumpah.hahahaha



Kerana syg ku layan jua hajat dia nak masuk casino sebab teringin nak tengok dalam camne katanya...nak masuk situ,mesti bawa pasport.kalau yg berniat sama macam laki aku ni nak tengok-tengok saja, baik korang tengok dari luar jela...sbb apa? tak pasal2 laki aku kena charge $50 utk masuk melihat je...dorang tak mintak masa korang masuk,dorang akan tagih kat korang masa korang dah keluar dari situ....$50 tu kalau convert RM150 jugak weyh...Boleh beli sekodi tudung kat jalan TAR.

Nak masuk USS, aku beli tiket online..pergi kaunter dan scan, pahtu boleh masuk dah...Kenapa beli online? sebab online lebih murah & ofkos lebih mudah dan tak perlu beratur panjang. kalau walk in ticket masuk $76/sorang...Beli online $68/sorang (include meal & retail voucher)...Print siap2 dan bawa utk dorang scan kat kaunter masuk nanti.

Masha Allah, masuk sini kan macam kerasukan...setiap inchi tempat dalam tu nak selpot!hihihi...nasib baik dpt suami yg bagi sokongan moral & dia pulak offer nak ambil gambar...hahaha...

Yang bestnya kat sini senang nak cari Wifi (ni yang paling penting.hahaha)...pahtu, kat mana2 ada water cooler...Just perlu bawa botol je...takyah beli2 sebab harga makan minum kat dlm ni memang mahal nak matik!hahahaha..kitorang masuk sini siap husband suruh bawak bekal sandwich yg dia dah buat siap2 kat hostel...hihi


Hollywood









 Madagaskar

 Far Far Away...Tempat ni paling best sbb view santek sangat!





My feveret picture ever.



 Shrek 4-D Adventure...bestttt giler...!Bila part keldai bersin, air betul2 keluar dari screen depan nih...kitorang pun gelak sampai tak hengat!pahtu, kalau angin bertiup,terasa dalam hall ni pun ada angin...kalau kuda tengah berlari,kerusi kita pun boleh dok gerak2 mcm kita tgh duduk atas kuda...kasi 5 bintang!



Kitorang sempat naik roller coaster kat belakang tuh...takde la mencabar sgt, just keluar jugak la teriak sopan kitorang laki bini..hahahhaah


Jurasic Park kat The Lost World

Keretif! Ni kat area Jurassic Park

Sampai jugak kitorang kat Egypt..kahkahkah







Panas + lapar... So lunch kitorang makan kat salah satu kedai makan yang ada kat Oasis Spice area ancient egypt. Beriyani ayam ni $15/ set...kitorang pakai meal voucher $5,just top up $10 je...Not badla...berbaloi la dgn harga dia.

 nak try naik battlestar galactica yang kat belakang tu pun tak sempat sebab Q panjang giler sbb kitorang sampai situ after lunch.galactica ni kat Sci-Fi city

Transformers



















Dalam pukul 2 lebih petang kitorang dh selesai tawaf USS dengan jayanya sebab hubby dah tak sabar nak bawak ke orchard road. Keluar dari USS tu sempat beli 1 je souvenir utk diri sendiri....hihihi...Kalau korang keluar dari USS,then nak masuk balik.Boleh ke tidak? jawapannya, BOLEH dengan syarat masa kat kaunter tu korang kena mintak cop dulu dengan org yang jaga kaunter masa tu (s0,dorang akan sedia maklum bila tengok cop tu masa korang nak masuk balik) sebab masuk USS ni pass masuk dia memang valid untuk 1 hari...

pahtu,ada surau tak dalam USS? jawapannya, YES ada kat area battlestar galactica kat Sci-Fi City

Kedai makanan halal dalam USS?
Mel's Drive kat Hollywood
Friars kat Far Far Away
Goldilocks kat Far Far Away
Oasis Spice Cafe kat Ancient Egypt
Marty's Casa Del Wild kat Madagaskar
Beaver Cafe

Locker utk simpan barang ? Ada kat The Lost World, Ancient Egypt, Sci Fi City & Hollywood.

ATM Machine? Kat entrance Jurassic Park


********************

ORCHARD ROAD

Next destination kitorang lepas USS ialah Orchard Road.Tempat ni sangat popular kalau nak membeli belah...Semua shopping mall dari jenama yg biasa-biasa sehingga jenama yang luar biasa ada kat sana. 

Untuk ke Orchard daripada HarbourFront MRT, guna 2 train (ticket dalam $2/sorang)... 

Train pertama, dari HarbourFront ke Outram Park (guna north east line - kalau dalam maps line warna purple) 
Train kedua, daripada Outram Park ke Orchard MRT (guna Thomsom East Line-dalam maps line warna coklat)

 Singgah untuk solat Zohor di Masjid Al Falah area Orchad Road

 Lepas solat, kalau area Orchard Road ni memang popular dengan ais krim yg dorang jual tepi jalan tu...So, laki aku pun sampai hajat bini dia yg 24 jam mengidam nak makan itu ini...hahahahahaha

Tadaaaaa...Satu lagi mission accomplished!sooooo yummeh! $1.20 satu.

Dari Orchard Road kitorang nak pergi ke next destination, iaitu Merlion Park. Kali ni kitorang try nak naik bus. apa yang aku respect kat singapore ni, bukan saja MRT tapi bus dorang pun sangat efisyen.Akan ada bus setiap 3 minit. So, tak perlu nak tunggu lama.tak perlu risau kalau tertinggal bus/MRT sebab mmg sentiasa ada...So,kitorang naik bus No. 162...Bus tu akan stop kat Fullerton Hotel. Pahtu korang perlu jalan kaki sikit utk sampai ke Merlion Park. No worries, memang senang nak cari...Tambang bus $1.60/sorang (one way)


*****************************

MERLION PARK

Dari kejauhan nampak dah Marina Bay sand...Ya Allah, macam tak sangka mimpi jadi nyata bila dpt tengok sendiri...Masuk Merlion Park ni free je.

Merlion Park.

Masa kitorang pegi sini mayb Singapore tengah ada event...Ramai giler manusia.

 Abaikan manusia sekeliling, kita buat keja kita...hahaha...

360' view kat sini memang lawa... Belakang Marina Bay Sand, sebelah Bay Sand tu Art Science Museum.



Belah kiri kitorang dipenuhi dengan bangunan-bangunan

Kat belakang tu korang boleh tengok Singapore Flyer



Belakang tu ada Esplanade Theatre..Boleh jalan kaki utk sampai ke sana...Jalan kaki dalam 2-3 minit dah sampai.Disebabkan masa kitorang sampai sana, mmg orang ramai giler... so, kita tgk dari jauh je...hihihi

Dah puas cuci mata kat Merlion Park, kitorang nak pergi Marina Bay Sand pulak...dari Merlion Park ke Marina Bay Sand korang boleh jalan kaki je. Jalan kaki lebih kurang 10-15 minit sampai. Memang tak terasa jauh nya sebab terpukau dgn view yg sgt ohsem kat sana...

Otw nak ke Marina...nampak tak, ramai giler orang tersidai kat tepi tu dengan camera dslr masing2...Bukan kat situ je taw, tapi kat sepanjang jalan.


******************************

MARINA BAY SAND

Jalan kaki sampai korang jumpa The Shoppes ni. Ni dalam kawasan Marina Bay Sand dah...

Tengah2 selfie kat luar tu, ada helikopter yang tengah bawa bendera Singapore. Tak lama pahtu ada pulak jet berlegar2di ruang angkasa singapore.Tak sure event apa yang berlangsung hari tu...

 View kat dalam The Shoppes, Marina Bay Sand

Ni yang paling win sekali...Lebih kurang mcm The Mines yg ada kat Seri Kembangan tapi yg ni jauh lebih cantik la..hahahhaa...

FYI, dalam The Shoppes,Marina Bay Sand ni terletaknya Bayfront MRT Station.

Daripada Marina Bay Sand ni kitorang nak pegi Garden By The Bay pulak...Boleh g jalan kaki je...

Kalau based on gambar ni,kalau korang tengok kat bawah tu tempat aku selfie background yg ada sampan td...Nampak kan kedai Gucci, bertentangan dengan kedai Gucci tu ada mcm satu laluan.Masuk kat laluan tu,pahtu Kat situ korang akan jumpa escalator utk naik level paling atas The Shoppes, Marina Bay Sand...

Naik escalator tadi sampai atas & exit sampai korang jumpa view macam ni...Paling senang korang ikut je foreigner yg ada situ sbb mmg kalau dah sampai kat atas tu, mission korang sama, mmg sure nak g Garden By The Bay.

Korang akan lalu tempat ni, betul2 dalam Marina Bay Sand...


*************************

GARDEN BY THE BAY

 Jalan...jalan...jalan sampai korang exit daripada Marina Bay Sand & jumpa bridge. Bridge tu la yg akan menyampai hajat korang utk sampai ke Garden By The Bay

Daripada bridge tu korang boleh tengok view mcm kat belakang tu.

View berlatar belakangkan Marina Bay Sand dari Garden By The Bay...

Pahtu kitorang ternampak satu tempat yg sgt strategik & paling penting takde orang. Kebetulan ada 2 org pelancong dari France tgh ambil gambar kat situ jugak..So, kitorang pun minta tolong dorang ambilkan gambar ni....cantikkkkkkkkkkkkkkk.

 Kalau nak pergi sini, seelok-elokny pergi time pukul 6 petang onward. Satu,sebab tak panas... Pahtu view lagi menarik sebab dipenuhi cahaya warna warni..Paling penting masuk sini free. Garden By The Bay ni besar taw..ada tempat free & ada tempat berbayar....

OCBC Skyway & Supertree Grove. Kalau nak naik bridge tu kena bayar la.Fees $8 kalau tak silap. Kitorang tak naik pun.

Ramai org lepaking kat sini sebab kitorang dimaklumkan pukul 7.45pm ada pertunjukkan lampu...Lampu tu akan tukar-tukar kaler ikut rentak lagu...

Dengan ini, maka tercapailah sudah semua hajat dihati.... Dah puas jenjalan, kitorang pun balik kepangkal jalan. Letih tak yah cakap ok, tapi berbaloi... Pahtu, kitorang balik semua ke The Shoppes, Marina Bay Sand (Guna jalan sama) sebab kitorang nak naik Bayfront MRT balik ke Chinatown. Guna 2 train (Ticket dalam $2 /sorang).

Train 1 : Bayfront MRT  (guna Thomson East Coast Line-kalau dalam maps, line warna coklat) stop kat Outram Park.

Train 2 : Dari Outram Park (guna North East Line-kalau dalam maps,line warna purple) stop kat Chinatown.

Sampai kat Chinatown hampir pukul 9 malam jugak...Laki aku surrender dah & dia balik bilik. Aku? sambung shopping sbb nak beli souvenir sikit sbb esok nak balik  dah.  Kat sana takde masalah nak jalan sorang2 sbb ramai orang...Takde menda yg nak ditakutkan...pahtu tetiba laki aku muncul balik tapi dah siap mandi & wangi2 dah...hahaha...temankan bini dia shopping....

Dah puas hati, balik bilik...solat & tidoooooooooooooooo...Keluar bilik pukul 8 pagi, masuk bilik pukul 10 lebih..Ko rase? hahahhahaha


Tamat Part 2.


Singapore : Part 1
Singapore : Part 3
Tips Jimat ke Singapore!














No comments:

Post a Comment